Sunday, September 26, 2010

PEMBUANGAN BAYI.

Dunia ini dahulunya pernah dicemarkan dengan sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan akidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat berperikemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak mereka terutamanya perempuan secara hidup-hidup yang kononnya untuk mempertahankan maruah diri, keluarga dan keturunannya. Amalan jahiliah tersebut kini berulang kembali, malah lebih dahsyat. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan bayi yang mati ditepi longgokan sampah, bayi yang telah di makan oleh anjing dan sebagainya. Mengikut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah di laporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008.

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Masalah pembuangan bayi ini selalunya berpunca daripada kekurangan didikan agama didalam diri remaja itu sendiri. Kita perlu tahu bahawa berzina dan membuang bayi adalah satu dosa besar dan berat hukumannya di sisi islam. Allah telah menegaskan kepada manusia didalam surah Al-isra' ayat 32 dengan menyatakan "Dan janganlah kamu mendekati zina."Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai didikan agama tetapi tetap melakukan perzinaan lantas membuang anak mereka? Demi membuktikan cinta sejati mereka kepada pasangannya mereka sanggup memberikan apa saja termasuklah maruah yang sepatutnya di jaga. Kadang-kadang si gadis yang tidak mahu kehilangan pasangannya juga akan melakukan perkara yang sama. Apabila mereka telah melakukan perkara yang terkutuk itu, mereka berasa puas. Apabila telah melakukan persetubuhan, maka Allah akan meniupkan roh keatas sperma yang telah disenyawakan dengan ovari, maka dari bulan ke bulan jadilah insan didalam kandungan yang telah berlaku tanpa ikatan yang sah disisi agama. Pasangan yang melakukan atau penderma sperma tersebut pasti tidak mahu bertanggungjawab lantas akan melepaskan tangan. Akibatnya, si ibu akan meninggalkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan ke tempat yang kotor dan hina seperti didalam tandas, pembuangan sampah dan sebagainya. Firman Allah s.w.t di dalam surah An-nisa' ayat 93:"Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar."

90 peratus daripada remaja mengatakan perbuatan melampau mereka berpunca daripada ibu bapa yang tidak berperanan dalam mendidik anak-anak kejalan yang diredhai Allah. Filem "Anakku Sazali" arahan Tan Sri P.Ramli telah merungkai sikap ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu untuk mendidik anak-anak. Lebih malang lagi apabila anak berkenaan tersalah langkah, ibu bapa yang melahir dan membesarkan itu dianggap tidak memahami serta gagal hingga menjadikan mereka sebegitu. Anak-anak yang bebas melakukan apa saja tanpa batasan, kebebasan dan hak remaja yang dijadikan alasan akan menjadikan remaja memberontak untuk mencari keseronokan. Ustaz Masridzi Sat, Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) berkata remaja yang rosak akhlaknya selalunya disebabkan berasal daripada keluarga yang mengamalkan sifat keakuran. Ibu bapa sibuk dengan hal duniawi cenderung memenuhi keinginan anak-anak dengan telefon bimbit,internet dirumah sebagai membuktikan mereka sayang dan manjakan anak. Remaja yang tidak tahu menghargai pemberian itu akan leka dan membina keseronokan sendiri. Telefon bimbit merupakan senjata pemusnah diri anak-anak mereka walaupun ramai yang mengatakan ia adalah keperluan harian, tetapi berapa ramai ibu bapa yang memberikan perhatiannya untuk memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit anak-anak mereka? Mengambil satu kes dimana seorang remaja perempuan yang didakwa baik oleh orang tuanya, tetapi apabila diperiksa kandungan telefon bimbitnya terdapat gambar separuh bogel yang dihantar kepada teman lelakinya. Malangnya teman lelakinya menggertak akan meletakkan gambar itu di media massa seperti internet. Akhirnya,remaja perempuan itu sanggup menjadi hamba seks teman lelakinya atas alasan takut diketahui ibubapa. Oleh itu, mendidik anak diumpamakan seperti bermain layang-layang, ibubapa boleh melepaskan anak-anak terbang tinggi ditiup angin, tetapi benangnya tetap berada di tangan yang menerbangkan layang-layang itu.

Perkahwinan yang membebankan juga menjadi faktor perkara ini berlaku. Budaya masyarakat Melayu yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, dan sebagainya akan membuatkan orang merasakan bahawa mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan mereka tambahan ketidakmampuan diri mereka. Jadi anak muda yang terlalu ghairah dan tidak dapat mengawal nafsu syahwatnya akan terpesong dan mula meminta dan merayu dengan kata janji yang manis di bibir akan di taburkan kepada pasangannya. Selain itu, ibu bapa yang menghalang hubungan anak-anak mereka untuk mendirikan rumah tangga akan mendorong berlakunya penzinaan lantas berlakulah pembuangan bayi. Hal ini berlaku kerana ibu bapa merasakan calon menantunya tidak menepati piawaian yang telah mereka tentukan. Tambahan lagi, dasar kerajaan yang menghalang remaja bawah umur untuk berkahwin menyebabkan kes penzinaan dan pembuangan bayi berlaku. Kebanyakkannya remaja yang hamil luar nikah adalah remaja yang masih bersekolah dan mereka berjaya menyembunyikan kandungannya daripada diketahui orang lain seperti ibu bapa, guru dan rakan-rakannya.

KESAN-KESAN BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI.

Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dengan pembuangan bayi,masyarakat dan negara.

Ramai pasangan yang mempunyai hubungan yang sah menginginkan anak tetapi mungkin bukan rezekinya, mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun bahkan ada yang sampai berpuluh tahun semata-mata menunggu zuriat mereka. Pelbagai ikhtiar mereka lakukan untuk mendapatkan anak tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Apa pula perasaan mereka apabila melihat bayi yang dibuang seperti sampah mati dibaham binatang ataupun dikerumuni semut? Manusia tidak pernah bersyukur. Itulah yang paling layak digelarkan bagi remaja yang terlanjur dan membuang anaknya. Bayi yang selamat diselamatkan mungkin tidak mengetahui latar belakang ibu bapa yang menyebabkannya lahir kedunia ini. Selain itu juga, bayi tersebut terpaksa memegang status anak luar nikah walhal ini bukanlah kesalahan yang mereka lakukan. Betapa malangnya nasib anak itu, apa nasib mereka setelah mereka besar? Bagaimana pula jika mereka hendak kahwin? Bagaimana mereka hendak mencari wali kandungnya?

Implikasi bagi ibu yang melahirkan anak tanpa bantuan bidan mahupun doktor sakit puan ialah besar kemungkinan pesalah akan mengalami jangkitan kuman kecedaran waktu bersalin dan juga kehilangan banyak darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Selain itu juga, psikologi dan sosial pesalah akan terganggu. Ini kerana mereka akan berasa bersalah lantas akan menjadi murung, hilang keyakinan, resah dan beremosi. Mustahil bagi seseorang yang melakukan kesalahan yang begitu besar untuk melupakan kesalahannya. Mereka akan sentiasa mengingati anak yang mereka buang. Tambahan lagi apabila Allah menarik semula nikmat atau rezeki yang dikurniakan. Contohnya apabila mereka sudah berkahwin dan tidak dapat melahirkan anak akibat jangkitan kuman pada rahimnya lalu terpaksa membuangnya, pada masa itulah penyesalan tak sudah. Anak sudah dibuang seperti sampah.kini menjadi mandul pula.

Ibu bapa juga akan menerima implikasi yang besar diatas perbuatan anaknya itu. Mana tidaknya, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini menconteng arang dimuka orangnya. Itulah anak yang tidak mengenang jasa, orang tuanya memberikan susu tetapi si anak membalasnya dengan tuba. Bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati ibu yang mengandungkan dan ayah yang sanggup menyara hidup sianak sehingga terpaksa membanting tulang 4 keratnya senata-mata untuk membesarkan kita, tapi akhirnya pesalah itu menghancurkan ibu bapanya. Hal ini berlaku apabila masyarakat sekeliling yang mengutuk dan mengumpat sehingga menyebabkan diri orang tuanya dipandang serong malah disisihkan masyarakat. Ini mengakibatkan ibu dan bapa sering berbalah menyalahkan antara satu sama lain sehingga menyebabkan mereka bercerai-berai.

Negara turut mengalami impak yang besar akibat kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Pertamanya, hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai penduduk yang padat tidak akan berlaku kerana kadar kematian bayi lebih tinggi berbanding kadar kelahirannya. Di tambah lagi kes bunuh, sakit, dan sebagainya akan membantutkan hasrat negara. Selain itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menampung bayi yang diletakkan dirumah kebajikan masyarakat.

LANGKAH-LANGKAH ATASI

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia, mempunyai hati (tetapi) tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." Itulah amaran Allah s.w.t yang telah termaktub di dalam surah AL-A'raaf ayat 179. Banarlah apa yang termaktub di dalam Al-quran dimana mereka (orang yang membuang bayi) lebih teruk daripada haiwan kerana jika kita perhatikan haiwan contohnya ayam, akan menjaga dan melindungi anaknya sehingga anaknya tahu menjaga dirinya sendiri. Haiwan yang tidak mempunyai akal boleh menjaga anaknya tetapi manusia yang diberi keistimewaan oleh Allah dengan dikurniakan akal fikiran tidak tahu untuk mengunakannya.

Langkah pertama yang berperanan untuk membanteras jenayah pembuangan bayi ialah individu itu sendiri. Remaja yang matang akan memikirkan kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu perkara. Mereka akan sentiasa bertanggungjawab ke atas hidup mereka sendiri dengan cara tidak membaca atau memonton bahan-bahan lucah yang mendorong mereka melakukan kekejaman dan dosa. Rasionalmya, pasangan yang sedang hangat bercinta jika benar mereka saling mencintai dan menyayangi pasangan mereka, mereka tidak akan mensia-siakan pasangan mereka. Mereka akan meminta untuk menikahinya dahalu sebelum melakukan seks yang sah di sisi agama.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Anak-anak yang baru lahir wajarlah dilentur dan dibentuk menjadi insan yang soleh dan solehah kerana bayi ibarat kain putih. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang secukupnya serta mengawal gerak gerinya. Ibu bapa tidak sewajarnya mempercayai anak-anak mereka 100% tetapi timbulkanlah kesangsian terhadap anak-anak mereka dengan mengetahui dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi dan sebagainya. Ibu bapa perlu melakukan aktiviti bersama dan berkongsi masalah dengan anak-anak mereka mengenai masalah yang mereka hadapi.

Langkah seterusnya ialah memudahkan perkahwinan. Nabi S.W.T pernah bersabda yang bermaksud "Wahai golongan pemuda! Barangsiapa yang diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, maka sesungguhnya perkahwinan itu cara terbaik untuk penjagaan pandangan dan merupakan cara terbaik untuk menjaga kehormatan, dan barangsiapa yang tidak mampu maka berpuasalah, sesungguhnya dengan berpuasa itulah ada perlindungan." Hadis Riwayat Bukhori Muslim. Nabi S.W.T telah memberikan jalan kepada umatnya dengan hanya dengan rukun islam iaitu berpuasa. Ini menunjukkan islam itu indah dan mudah, tetapi ada remaja yang tidak menghargai agama islam. Jika semua umat islam di dunia ini menggunakan hukum-hakam yang terkandung di dalam Al-quran sudah tentu negara mampu menjadi negara yang bertamadun dan digeruni. Masalah jenayah juga dapat dikikis dikalangan masyarakat, lantas dapat menjana keharmonian dan kemakmuran negara.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ankabut yang bermaksud "dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." Ayat ini menjelaskan bahawa solat merupakan formula rabbani untuk mencegah kemungkaran. Kempen ini mestila direalisasikan oleh semua pihak yang berdasarkan tanggungjawab masing-masing. Individu itu sendiri seharusnya mempunyai kesedaran untuk menunaikan solat secara khusyuk. Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting di dalam mendidik anak-anak untuk solat.

Kesimpulannya, semua pihak seperti pihak kerajaan, para ulama, ibubapa, guru dan masyarakat harus membuka fikiran mereka seluas-luasnya agar gejala ini dapat dibendung. Anak yang lahir dan tidak bersalah menjadi sampah dan makanan binatang buas dan serangga. Bayi yang lahir ibarat kain putih yang sepatutnya dididik dan dibentuk untuk menjadi insan yang mampu menjadi tonggak negara, tetapi dengan sifat yang tidak berperikemanusiaan menjadikan anak-anak itu tidak sempat untuk melihat dunia. Oleh itu, marilah kita fikirkan langkah-langkah yang terbaik agar gejala membuang anak tidak berlaku lagi agar Malaysia menjadi sebuh negara yang bertamadun.

JENAYAH "AH LONG"

'Ah Long' diambil daripada perkataan Cina iaitu "naga" atau kependekan daripada frasa Kantonis iaitu "daai ji lung". Ia merupakan istilah popular bagi ceti haram di Malaysia dan Singapura. Mereka meminjamkan wang kepada sesiapa yang tidak berupaya memperoleh pinjaman daripada bank atau institusi kewangan yang sah kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dan sebagainya. Kaki judi juga turut menjadi sasaran ceti haram ini. Mereka mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi dan sering kali mengugut akan menggunakan keganasan kepada peminjam yang gagal membayar pada masa yang ditetapkan.

Antara keganasan yang dilakukan oleh mereka ialah apabila peminjam gagal membayar pada masa yang ditetapkan, Ah Long akan menyembur, menyimbah atau menconteng dengan cat merah pada dinding rumah atau bangunan milik peminjam bertujuan untuk mengugut mangsa serta memalukan peminjam tersebut sehinggalah si peminjam membayar hutangnya. Ada kalanya kepala khinzir digantung diluar rumah peminjam, sebagai salah satu cara memalukan mangsa serta untuk menanda peminjam yang melarikan diri. Namun, pada masa sekarang, Ah Long tidak lagi menunggu mangsa yang masih belum membayar hutang mereka tetapi mereka memecah masuk rumah mangsa dan mencuri beberapa barang sehinggalah nilainya sama dengan nilai pinjaman. Cara ini digunakan bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Kes-kes terkini menunjukkan Ah Long juga mempamerkan salinan kad pengenalan mangsa di atas sepanduk besar serta menggantungkannya di atas pagar. Memandangkan Ah Long hanya memerlukan salinan kad pengenalan sebagai dokumen untuk memohon pinjaman, taktik sedemikian menjadi lazim sehinggakan peminjam akan berasa malu kerana identitinya dipaparkan di khalayak ramai dan seterusnya akan melunaskan hutang mereka dengan segera.

Selain itu, sindiket Ah Long juga sering bertindak di luar jangkaan dan batasan manusia. Hal ini dapat dibuktikan apabila sindiket ini telah menjadikan sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Selangor sebagai lokap buatan sendiri bagi menahan peminjam yang tidak membayar hutang mereka. Paling mengejutkan lokap tersebut umpama lokap bagi tahanan Teluk Guantanamo, di Cuba. Mangsa-mangsa tahanan tersebut dirantai di leher dan kaki umpama anjing yang ditambat. Inilah kekejaman Ah Long yang semakin berleluasa. Sebelum ini, kita selalu mendengar Ah Long menyimbah cat ke rumah peminjam yang tidak membayar hutang dan mengganggu keluarga mereka tetapi kini dengan terbongkarnya kes 'lokap Ah Long', terbuktilah bahawa mereka sanggup membuat apa sahaja dan berani melanggar undang-undang seolah-olah mereka amat berkuasa. Kejadian ini pernah dipaparkan di dalam akhbar Sinar Harian yang bertarikh 28 Mei 2009. Tajuk artikel tersebut adalah "3 dikurung seperti binatang". Berikut merupakan keratan artikel yang telah dikeluarkan oleh akhbar tersebut.

"KUALA LUMPUR 27 Mei - Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki deperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam 'lokap' buatan Ah Long.
Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu. Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara. Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM 1500 dan RM 4000 sahaja."

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai Ah Long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong. Susulan daripada penahanan tersebut, polis telah menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang. Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan oleh sindiket tersebut. Ketiga-tiga mereka ditempatkan di dalam dua buah bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis. Hasil pemeriksaan tehadap ketiga-tiga mangsa tersebut, pihak forensik telah menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan yang dipercayai menjadi mangsa dera Ah Long.

Selain daripada itu, sindiket ceti haram atau Ah Long ini turut melakukan kegiatan peras ugut terhadap peminjam sehingga keadaan ini membabitkan kes pembunuhan. Serangan fizikal dan peras ugut yang dilakukan Ah Long terhadap peminjam menyebabkan para peminjam sanggup membunuh diri dan keluarga kerana tidak sanggup menanggung ugutan daripada Ah Long. Hal ini dapat buktikan apabila terlalu tertekan dengan ancaman dan gangguan daripada Ah Long, tiga kanak-kanak mati setelah dipaksa oleh ibu bapa mereka meminum bahan peluntur Clorox. Tragedi yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak iaitu Seah Siew Cheung, 12, Seah Siew Wen, 10, dan Seah SiewThong, 8 merupakan mangsa kepada ibu bapa yang meminjam wang daripada Ah Long. 

Dalam hal ini, apakah yang menyebabkan golongan peminjam sanggup meminjam wang daripada Ah Long meskipun dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi dan risiko keselamatan bakal diterimanya jika tidak membayar hutang tersebut? Apakah tidak ada cara lain untuk memperolehi sumber kewangan? Jika ada, kenapakah perkara ini terjadi? Begitu juga dengan persoalan bahawa faktor kos sara hidup yang amat tinggi pada masa sekarang, membelenggu rakyat Malaysia menyebabkan permintaan terhadap pinjaman Ah Long meningkat? Bagaimana pula, Ah Long sewenang-wenangnya mengiklan dan menampal poster di hentian-hentian bas dan tempat-tempat awam tanpa tindakan diambil? Adakah mereka merupakan pemberi pinjaman yang sah? Jika tidak, kenapakah pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap mereka berpandukan dengan nombor-nombor telefon yang tertera di iklan-iklan tersebut? Adakah Ah Long begitu licik dan dilindungi sehinggakan tiada tindakan yang berani dan segera dapat diambil terhadap mereka? Inilah sebahagian daripada persoalan-persoalan asas yang perlu dijawab dan dirungkai agar permasalahan ini dapat diatasi segera. Walau apa pun persoalannya, perkara pokok yang perlu diambil tindakan segera ialah kesedaran semua pihak berkaitan dengan pengurusan kewangan peribadi secara berhemah. Tindakan segera ini perlu dilakukan supaya ia tidak menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Jika ini boleh dilakukan maka permintaan terhadap pinjaman kewangan daripada Ah Long akan berkurangan dengan kadar yang tinggi.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya pihak yang berwajib bermati-matian membanteras sindiket ini. Mereka juga perlu membantu mangsa Ah Long dari terus menjadi mangsa keganasan dan kekejaman sindiket ini. Kes yang serius ini perlu ditangani oleh kerajaan secara bersungguh-sungguh memandangkan kegiatan peras ugut 'Ah Long' ini semakin berleluasa dan membimbangkan keselamatan awam. Jika mereka ini terus dibiarkan berleluasa, mungkin akan lebih ramai lagi yang bakal menjadi mangsa mereka. Siasatan bagi permasalahan ini perlu dikaji dari akar umbi. Hal ini demikian kerana masalah ini timbul dalam masyarakat mungkin berpunca dari kegagalan institusi pinjaman yang membantu rakyat dalam membuat pinjaman. Jika langkah-langkah ini tidak diambil dan dijalankan dengan segara, masalah sindiket ini akan lebih sukar dibendung dan ditangani secara efektif oleh pihak terbabit. Mustahil untuk membanteras Ah Long sekiranya masyarakat masih berfikiran sempit dan berada di takuk lama serta tiada tindakan secara menyeluruh daripada semua pihak.

Penularan Isu Rasuah

Pengenalan
Rasuah dianggap satu bencana besar yang sedang melanda masyarakat kini yang dikatakan juga penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat kini .Rasuah ditakrifkan sebagai satu jenayah atau kesalahan undang-undang atau individu yang mendapat kebebasan kontrak atau keistimewaan daripada sesuatu pihak yang lain seperti dengan memberikan wang ataupun hadiah kepada pihak tertentu sebagai ganjaran .Oleh itu , Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengaplikasikan rasuah kepada empat kesalahan utama iaitu meminta atau menerima rasuah ,menawar atau member rasuah ,membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan kuasa atau jawatan yang telah diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri dan bersikap kasih dalam tindakannya .Rasuah juga diamalkan bagi memperoleh kehidupan yang mewah dan mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat tanpa berusaha lebih.
Keadaan ini ,berbeza pada pandangan islam .Rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-riwayah” digolongkan dalam kata umum batil meliputi perkataan jenayah seperti kelompok menipu dan memeras ugut .Firman Allah menlaknat orang yang member dan menerima rasuah serta orang yang  member jalan terhadap keduanya.Perbuatan ini amat keji di sisi agama dan mereka yang terlibat dalam masalah ini akan mendapat balasan yang setimpal dan tempatnya adalah neraka .Penyakit sosial ini jika tidak dibendung akan member impak yang besar kepada masyarakat dan negara.
Faktor-faktor  yang mempengaruhi
Masalah rasuah ini adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan pentadbiran dan organisasi dalam sesebuah entiti masyarakat.Sistem pentadbiran yang lemah akan mengakibatkan berlakunya kes penyelewengan tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta .Penyelewengan berlaku apabila terdapat segelintir pihak yang menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri dengan menerima habuan dalam menyelesaikan sesuatu perkara .Pemantauan dan penyeliaan yang kurang dilakukan oleh pihak atasan kepada kakitangan bawahan akan mengakibatkan tugas menjadi tidak teratur dan mereka lebih terdedah untuk menerima rasuah .
Selain itu,pembangunan ekonomi negara yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian turut menbdorong kepada berlakunya rasuah.Modenisasi yang berlaku seperti projek pembangunan yang diibaratkan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”menyebabkan ramai yang mengejar keuntungan dan kejayaan .Maka golongan kontraktor akan berlumba-lumba untuk mendapatkan  tender sesuatu projek ,mereka sanggup memberi rasuah kepada pihak pengurusan bagi mengambil hati pihak tersebut agar meluluskan tender mereka .Budaya seperti ini sudah menjadi trend dan boleh dianggapo semakin majunya sesebuah negara semakin menular penyakit sosial ini .Wang yangboleh membuat manusia menjadi alpa dalam mengejar kesenangan kerana ia akan mengaburi mata manusia dan membuatkan imannya luluh sekaligus menganggap rasuah adalah jalan terbaik untuk mendapatkan kemewahan.
Faktor politik juga merupakan punca gejala rasuah .Hal ini dapat dibuktikan apabila berlaku isu pasir yang berlaku di selangor baru-baru ini .Masalah ini disebabkan sikap sesetengah pihak ahli politik yang menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat ,namun pada masa yang sama turut mengaut keuntungan dengan meneksploitasi kepentingan rakyat  untuk kepentingan diri sendiri.Ahli politik juga sanggup memberi dan menerima rasuah untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya disebabkan sikap yang ingin menjadi pemimpin dalam sesebuah parti politik.Namun ada juga sebahagian ahli politik ini suka menagih populariti apabila menjadi ahli politik .Masalah ini bukan cerita kosong namun sudah berlaku dalam masyarakat masa kini.
Selain itu,walaupun sesuatu perkara seperti tidak memberi impak namun amalan sosial dan budaya masyarakat masyarakat majmuk di malaysia yang sering mengamalkan amalan bertukar-tukar hadiah dan wang seperti dalam majlis keramaian dan perkahwinan juga boleh mendorong berlakunya rasuah.Justeru itu,memberi peluang kepada perasuah sama ada meminta ,memberi sogokan ataupun umpan tanpa disedari sesetengah pihak.
Di samping itu,masalah kewangan dan desakan dalam kehidupan turut menyebabkan berlakunya rasuah .Akibat terdesak seseorang itu sanggup menerima rasuah untuk ,memenuhi kehendaknya seperti memiliki kehidupan mewah selesa dan lebih baik dari pelbagai aspek.Rasuah merupakan jalan mudah yang diambil oleh mereka untuk memperolehi kekayaan dalam sekelip mata dan tidak serik dan terus menerima rasuah.

Implikasi rasuah
          Rasuah boleh memberi impak negatif yang mendalam kepada masyarakat dan negara antaranya menjejaskan ekonomi pesaingan dalam perniagaan .Maslah rasuah yang berleluasa dalam perniagaan menjadi tidak sekata akibat organisasi menjalankan perniagaan dengan memberikan rasuah untuk mendapat peluang-peluang pasaran dan hanya ditakluki oleh mereka yang mampu memberi ganjaran kepada pihak-pihak terbabit .Selain itu, pelabur –pelabur dari luar negara dan dalam negara tidak mempunyai keyakinan untuk melabur dalam negara ini .Hal ini menyebabkan ekonomi negara semakin merundum kerana tiada pihak melabur akibat masalah rasuah yang semakin berluasa .Rasuah turut menimbulkan kekacauan dan mejejaskan kualiti perkhidmatan dalam sektor awam mahupun swasta secara tidak langsung ,keaadaan ini memberi tekanan hebat kepada belanjawan untuk projek pembangunan masyarakat yang meningkat secara mendadak kosnya.
            Kesejahteraan dan keamanan negara turut terjejas akibat rasuah .Pemerintahan akan menjadi lemah dan keadaan ini mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil dan tergelincir dari tindakan yang sepatutnya .         Rasuah politik yang berlaku turut mengancam jutaan manusia.Hal ini kerana kerajaan hanya menggunakan kebijaksanaan untuk memberikan faedah kepada penyogok untuk melindungi syarikat atau individu tertentu setelah dibayar dengan wang dan bukan untuk melaksakan kesejahteraan rakyat tetap untuk kepentingan sendiri.
            Rasuah juga turut melumpuhkan fungsi demokrasi dan pentadbiran sesuatu organisasi .Apabila formaliti diabaikan masalah ini tidak mampu mengesan tindakan seseorang melalui rancangan untuk masa hadapan .Masyarakat pula hilang kepercayaan terhadap golongan cerdik pandai dan profesional walaupun sebelum ini golongan tersebut merupakan tunggak kekuatan dalam mempertahankan sesebuah negara .Rasuah juga turut mencabul keadilan ketertinggian undang-undang sesebuah negara berdaulat.Akauntabiliti kecekapan juga akan terjejas dengan berlakunya rasuah dalam pilihanraya umum dan badan perundangan keadaan ini merosakkan keseimbangan stuktur sosial.

Langkah-langakah membanteras
            Setiap individu hendaklah memantapkan iman dan jati diri dalam diri mereka sendiri untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam masalah rasuah ini.Benteng ini yang kuat diri seseorang ialah keimanan dan keperibadian yang tinggi .Oleh itu,sifat ini hendaklah disemai  dalam diri seseorang terutamanya peniaga,pemimpin,dan badan –badan kerajan mahupun swasta.Kekuatan keimanan dalam diri seseprang akan menangkis habuan di depan mata.,
            Manakala sistem pendidikan pula,kementerian pendidikan haruslah memperkenalkan pendidikan mengenai bahaya rasuah di intitusi pendidikan sekolah menengah  dan rendah.Generasi mudaperlulah dididik supaya membenci rasuah dan mereka perlulah menjadi menjadi individu bertanggungjawab,ikhlas dan amanah supaya mereka bebas rasuah.Mereka juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan apabila menjadi pemimpin satu hari nanti kerana mereka merupakan generasi pewaris pada masa akan datang dan merupakan aset yang penting dalam negara ini.
            Penguatkuasaan undang-undang hendaklah dimantapkan lagi bagi mengatasi masalah rasuah ini .Hukuman yang setimpal perlu dilaksanakan sesuai dengan kesalahan yang dilakukan seperti mengenakan kompaun dan denda yang lebih tinggi serta membawa mereka  ke muka pengadilan sekaligus menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka .Oleh itu,pengamal rasuah akan memikir baik atau buruk tindakan yang mereka lakukan apabila menerima dan memberi rasuah dan mereka akan serik dan sedar kesan negatif akibat perbuatan mereka terlibat dalam rasuah.

Media Sosial

Media social adalah media interaksi social dengan menggunakan teknik penerbitan yang dicapai dan teratur. Sosial media menggunakan teknologi yang canggih berasaskan web atau internet untuk menukar siaran monolog media ke media sosial. Kebaikan sosial media ialah sebagai strategi pemasaran syarikat yang berkesan dan cepat menyampaikan maklumat kepada pelanggan serta menjimatkan masa, wang dan sumber syarikat.
Media social dapat menyebarkan maklumat yang terkini di luar dan dalam Negara melalui internet. Penduduk awam kita dapat mendapatkan maklumat dengan segera dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menunggu berita yang lama. Pekerja yang bekerja dalam masa tidak menentu tidak mempunyai masa untuk menonton berita dapat menonton melalui internet seperti 8TV dan TV3. Dengan itu masyarakat sekarang mempunyai tekanan yang berat terutamanya di dalam Bandar besar seperti kuala lumpur, pekerja dan pelajar yang mempunyai tekanan yang berat suka melayari internet untuk melepaskan tekanan dan perasaan cemas terhadap pekerjaan dan pendidikan kerana taraf hidup sekarang semakin meningkat dan masyarakat yang lebih mementingkan taraf pendidikan. Internet mengandungi permainan online dan muzik yang berasal daripada berbagai jenis Negara serta drama bersiri dan wayang yang menarik untuk memberi keseronokan kepada semua orang.
Media social juga dianggap penting dalam perkembangan pendidikan masyarakat sekarang. Kanak-kanak atau pelajar-pelajar berasa bosan apabila cikgu di sekolah menggunakan kaedah pengajaran yang tradisional untuk mengajar mereka tentang akademik. Kaedah pengajaran yang tradisional ialah hanya menggunakan penulisan dan contoh sebagai pengajaran sekolah kepada pelajar menyebabkan pelajar tidak boleh memahami maksud atau isi dengan jelas yang diberi oleh cikgu dan tidak mudah diingati serta berasa bosan menyebabkan berlaku ponteng kelas. Sebagai contoh, menggunakan internet untuk proses pembelajaran di Indonesia untuk menarik perhatian pelajar. Pelajar juga boleh menggunakan laman web atau internet untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu seperti mahasiswa di universiti. Contoh lain media social memainkan peranan penting dalam pendidikan ialah pengajaran mikro-standard dan pengajaran pendidikan audio-visual.
Media social seperti internet, television dan radio dapat membantu sesebuah syarikat membina imej dan mempopularkan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Media social dan pemasaran social adalah peranti pemasaran internet yang canggih untuk membantu memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, Olay menggunakan iklan dalam television dan internet untuk mempromosikan produk mereka supaya lebih cepat menyampaikan maklumat kepada pelanggan dan meluaskan pilihan pelanggan-pelanggan. Dengan itu, media social juga sebagai suatu alat yang dapat memperbesarkan keperluan pemasaran dan member pengaruh kepada pelanggan dengan cepat. Contohnya, laman web yang dirancang dengan menarik seperti Facebook dapat menarik perhatian pelanggan-pelanggan dan perlu mudah difahami oleh pelanggan supaya mengelakkan berlaku kesilapan. Melalui internet, syarikat boleh membuat penyelidikan tentang permintaan pelanggan tanpa menggunakan masa yang panjang untuk mengadakan kertas soal selidik kepada pelanggan dan mendapat tindak balas yang cepat. Dengan menggunakan media sosial, syarikat dapat meningkatkan kesedaran jenama syarikat.
Langkah-langkah mengembangkan media social ialah mengupah pakar komputer untuk membina laman web yang dapat menarik perhatian pelanggan dan mengekalkan kedudukan syarikat dalam laman web dengan perancangan yang teliti untuk mengelakkan kerugian. Sebagai contoh, laman web yang dapat membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dengan bersemuka atau melalui e-mel dan membekalkan maklumat produk baru serta mengharapkan pelanggan member pendapat tentang produk yang digunakan oleh mereka.
Kesimpulannya, media social adalah penting dalam masyarakat dan mempunyai peranan yang penting dalam semua aspek. Kebaikan media social memudahkan manusia dalam kehidupan harian dan membantu manusia dalam pekerjaan, pendidikan dan menjimatkan penggunaan masa yang panjang. Internet boleh digunakan sebagai alat interaksi dengan orang atau pelanggan yang tinggal di luar Negara serta membolehkan orang mengeratkan hubugan dengan keluarga. Media social menggantikan kaedah tradisional dan menggalakkan Negara menjadi lebih maju sehingga membina satu tamadun.

Saturday, September 25, 2010

Sosial Kebudayaan

Budaya diertikan secara umum sebagai keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat yang dapat mencerminkan keperibadian bangsa . Budaya juga ditinjau dari sudut sejarah dan antropologi mempunyai bukti-bukti tentang wujudnya kebudayaan melayu brunei bertapak kukuh di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya. Kesultanan, adat istiadat, adat resam , kehidupan beragama dan berbahasa melayu merupakan sebahagian manifestasi warisan budaya yang masih ada hingga ke hari ini dan masih tetap kuat bertahan .
Sosial kebudayaan adalah penting terhadap manusia dalam masyarakat . Salah satu social kebudayaan adalah adat resam . Adat resam merupakan kebiasaan atau amalan yang diamalkan oleh kaum masing-masing . Sebagai contoh, Malaysia mempunyai kaum melayu, kaum cina, kaum india, dan lain-lain. Malah, adat resam mereka adalah berbeza dalam kehidupan. Sebelum makan, kaum melayu akan berdoa , selepas itu, mereka mengunakan tangan kanan makan nasi, kaum cina mengunakan penyepit dan sudu makan nasi, kaum india akan duduk bawah sembahyang dahulu lalu makan dengan tangan kanan.
Kaum masing-masing haruslah meneruskan adat resam ini dan saling belajar adat resam yang  berlainan dengan itu , kita dapat saling memahami dan menghormati terhadap adat resam masing-masing.
Dalam social kebudayaan, kita mesti berfikir tentang makanan . Makanan adalah wakil daripada sesuatu negara. Contoh, itali mee adalah itali, sushi adalah jepun, kimchi adalah korea dan sebagainya. Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai makanan yang berbeza. Contoh, makanan melayu adalah nasi lemak , ayam rendang , sate dan ketupat nasi. Makanan cina adalah yan toufu, Fujian mee dan chao kwee teo. Makanan india adalah capati dan roti canai. Makanan dalam Malaysia adalah berbeza-beza dan enak. Oleh itu, ramai pelancong gemar bercuti di Malaysia dan gemar makanan tersebut .
Pakaian tradisional juga merupakan social kebudayaan . Pakaian tradisional adalah pakaian yang diwarisi sehingga sekarang dan ia mempunyai keunikannya . Pakaian tradisional antara kaum adalah berbeza-beza di Malaysia . Sebagai contohnya , lelaki kaum melayu adalah baju melayu , perempuan melayu adalah baju kurung . Lelaki kaum cina adalah sut zhong shan , perempuan kaum cina adalah cheongsam . Lelaki kaum india adalah baju doti , perempuan kaum india adalah baju sari. Pakaian tradisional masih dipakai oleh kaum-kaum semasa perayaan .
Sosial kebudayaan juga termasuk dalam kesenian . Contoh kesenian adalah muzik, tarian, ukiran dan permainan tradisional. Kaum –kaum mempunyai senian masing-masing. Kaum melayu mempunyai tarian ulik mayang dan tarian kuda kepang . Kaum cina mempunyai tarian singa dan tarian kipas. Kaum india mempunyai bharatanatyam . tarian semua kaum mempunyai keunikan dan sejarah masing-masing. Kesemua ini adalah sosial kebudayaan yang diwarisi dari dahulu hingga sekarang dan kita sepatutnya mengamalkan social kebudayaan yang baik sehingga ke warisan seterusnya .
Pihak pelancongan seharusnya memgembangkan social kebudayaan malaysia keluar Negara  untuk manusia di luar Negara mengetahui  tentang social kebudayaan yang berbeza dengan Negara mereka. Selain itu, kerajaan juga bekerjasama dengan rakyat mengadakan satu program iaitu rumah kediaman rakyat  yang  unik dijadikan sebagai rumah tinggal pelancong oleh itu, pelancong dapat merasai perasaan yang berbeza dengan hotel dan dapat mengamalkan cara hidup  Malaysia .selain itu ,kerajaan boleh  memajukan  industry kraftangan di Malaysia . Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik , seramik , kayu , kaca, dan kulit amat cantik dari segi rekabentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong .Pelancong pasti membeli-belah kraftangan buatan Malaysia sebagai buah tangan kepada keluarga .
Kesimpulannya, social kebudayaan merupakan sejarah dan keunikan sesebuah negara dan kaum . kita juga boleh melalui sosial kebudayaan saling memahami diri sendiri dan antara kaum .selain itu ,kita harus meneruskan social kebudayaan yang baik sehingga lama-lamanya.

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam) secara langsung.
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor.Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna.
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnahkan sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah
Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar.  Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.
Sehubungan dengan itu, pelbagai gejala yang akan ditunjukkan oleh seseorang itu jika dia tergolong sebagai seorang penagih dadah. Gejala pertama menunjukkan seseorang itu penagih dapat dilihat dari segi gejala fizikalnya. Misalnya berpeluh dan mengermang bulu roma walaupun cuaca tidak terlalu panas. Selain itu juga, seseorang penagih dadah akan berasa pening kepala apabila dadah dalam badan berkurangan selain akan menggigil seolah-olah mengalami kesejukan yang teramat sangat.
Gejala yang seterusnya ialah gejala psikologi. Keresahan dan risau tetang pekara yang tidak akan berlaku dan akan berlaku akan menguasai seseorang individu itu jika dia mengabil dadah. Ini adalah kerana fikiran mereka sering terganggu dengan pekara-perkara yang bersifat khayalan dan imiginasi sahaja. Selain itu juga, mereka akan mengalami Insomnia iaitu sejenis penyakit  tidak dapat tidur selain akan mengalami gangguan perasaan. Individu tersebut akan mudah menjadi marah dan perasaan mereka akan mudah terusik dengan sesuatu pekara yang terjadi. Kebiasaannya perasaan marah akan menguasai mereka dengan  cepat tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Seterusnya ialah dari segi gejala perlakuan individu tersebut. Bagi individu yang sudah bekerja, mereka akan kerap ponteng kerja sebaliknya bagi remaja yang masih belajar akan kerap ponteng ke kelas. Prestasi kerja dan belajar mereka juga akan mernurun secara merundum akibat kurang tumpuan terhadap pekara yang dilakukan kerana fikiran mereka sentiasa berada dalam khayalan.Selain itu, ia juga membuatkan seseorang terdorong untuk melakukan kegiatan yang dilarang oleh Tuhan seperti mencuri, membunuh,merogol  dan sebagainya.
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.
Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.

       Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh itu, watak dan peribadi pelajar haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

        Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan aktiviti sukan dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Murid yang aktif tidak diserang oleh penyakit dan badan yang sihat memungkinkan pebelajaran yang berkesan. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan cergas, otak cerdas.

       Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan.

Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi.
Oleh itu, Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Sebagai contohnya, dalam aktivitik pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah ia juga disertai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

         Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara. Tujuan kegiatan kokurikulum adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.
 
          Faktor-faktor menyebabkan pelajar-pelajar dan masyarakat tidak mementingkan aktivitik kokurikulum ialah tangapan yang salah terhadap kegiatan kokurikulum. Ini adalah kerana kokurikulum bukan berbentuk akademik dan kegiatan ini tidak diberi penilaian atau gred seperti kurikulum yang berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif. Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa enggan menggalakkan anak-anak mereka menceburi kegiatan kokurikulum dan sebaliknya menggunakan masa itu untuk anak mereka ke kelas tambahan, muzik dan membuat kerja sekolah.
          Dari perspektif yang lain, terdapat juga beberapa kelemahan pihak-pihak tertentu dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Mereka tidak menitikberatkan kegiatan kokurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan pihak guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum masih pada tahap kurang memuaskan dan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami garis panduan yang dapat dipegang sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan jelas selain daripada kurang kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat.
          Langkah-langkah yang boleh diusaha untuk mengembangkan aktiviti kokurikulum iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memberi perhatian. Mereka tidak seharusnya berdiam diri dan menutup mata seterusnya membiarkan pelajar-pelajar tersebut terus tersesat dalam keseronokan dunia remaja tanpa pendidikan yang sempurna. Tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak tertentu seperti mengenakan denda kepada pelajar sekolah yang melepak dan ponteng sekolah atau mengenakan tindakan disiplin di sekolah. Dengan adanya penegasan dan perhatian sebegini, diharapkan mutu disiplin pelajar-pelajar yang bermasalah ini dapat ditingkatkan dan kegiatan seperti ‘gengsterisme’ dapat dicegah sebelum ia menjadi lebih berleluasa dan menjatuhkan imej pendidikan Negara.

          Kesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

PENGABAIAN WARGA TUA

Pendahuluan
Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit”mungkin sesuai untuk di bincangkan bagi isu golongan warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh semua lapisan masyarakat. Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan semua pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan. Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya jadi apa salah anak-anak menjaga dan menatang bagai minyak yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa kecil dulu. Lagipun dalam tuntutan agama pun ia cukup jelas menuntut kita sebagai anak harus menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah merupakan tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Namun, hari ini ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.
Faktor-faktor
Golongan warga emas yang terabai dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu terdapatnya  faktor tertentu yang menyumbang ke arah berlakunya masalah ini. Salah satu faktornya yang paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini, mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka kerumah kebajikan. Di samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka. Perbuatan ini dianggap tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian. Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka yang kurang bernasib baik sudah cukup malang dan janganlah menambahkan lagi keperitan itu. Dalam situasi ini bukankah masyarakat sepatutnya memberikan kasih sayang kepada mereka? Namun, yang berlaku dalam realiti kehidupan ini ialah masyarakat tidak ada pun rasa belas kasihan atau menunjukkan simpati bahkan menyisihkan mereka dan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan cacian.
Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang dinikmati hari ini. Ingatlah, mereka amat berpengalaman dan segala pandangan, nasihat serta tunjuk ajar mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup. Selain itu, yang menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal sendirian ialah disebabkan kecacatan, nyayuk, tidak bersefahaman diantara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukkan anak dengan tugas harian dan masalah kewangan. Tidak sewajarnya meletakkan orang tua dirumah kebajikan kerana ia bermakna menderhakai dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi anak itu lelaki. Anak-anak harus bijak untuk memohon maaf kepada ibu bapa walaupun atas hal-hal yang tidak seberapa. Hal ini mereka menganggap memohon maaf pada ibu bapa adalah satu kesalahan dan tidak wajar.
Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

Langkah-langkah mengatasi
Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor, namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa. Tamadun itu semakin hari semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin meningkat di kalangan anak-anak yang bekerja. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik dimana manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa yang dianggap  semakin tua semakin tidak berguna dan tidak perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek atau anggota keluarga yang lain, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan  dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.

Langkah kedua, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil  lagi akan dapat mengelakkan daripada ibu bapa disisih. Anak-anak yang mempunyai asas agama akan ada rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi dimana agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu system pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat. Seterusnya kita juga harus mengadakaan kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.
Kesimpulan
Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak tempatan seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat memalukan dan dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan janganlah sesekali mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah mendoakan mereka agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

KAEDAH MEMBANGUNKAN AKHLAK UMAT ISLAM

1.    - Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang SolehSalah satu kaedah ialah meletakkan diri dalam lingkunan persekitaran yang soleh. Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

2.      Qudwah Hasanah
Manusia mudah dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.

3.    Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya
Selain itu, kuasa nagara islam melalui system keadilan dan galakan membolehkan akhlak dibentuk. Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Dengan demikian, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.

4.    Peranan Media Massa
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya..

5.    Peranan Sekolah
Sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik generasi baru dengan akhlak islam. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan. Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.




PETEMPATAN SETINGGAN

Petempatan setinggan secara umumnya merujuk kepada seeorang atau segolongan  orang yang mendiami atau menduduki sesuatu tanah secara haram atau melalui cara yang tidak sah dari segi undang-undang sama ada dengan cara pencerobohan ataupun melalui kaedah-kaedah lain. Petempatan setinggan ini kebiasaannya wujud di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,Johor Bahru,sabah dan Selangor.Kebanyakkan petempatan setinggan wujud di kawasan-kawasan pantai,bekas lombong,rizab jalan,rizab sungai,rizab kereta api dan kawasan-kawasan pinggiran pantai yang belum dibangunkan. Kewujudan petempatan setinggan ini telah menyebabkan banyak permasalahan berlaku di kawasan tersebut.Terdapat banyak faktor yang telah mendorong kepada kewujudan petempatan ini.Antara faktor yang mendorong wujudnya petempatan ini adalah faktor kemiskinan dan faktor migrasi.
            Faktor yang paling utama wujud petempatan setinggan adalah di sebabkan oleh faktor kemiskinan.Kadar kemiskinan yang tinggi menyebabkan kadar kewujudan petempatan setinggan juga turut meningkat.Menurut Rohana yusof (1997),kemiskinan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan  untuk memenuhi keperluan asas yang minimum untuk hidup.Kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar telah memberi tekanan yang besar kepada golongan yang berpendapatan rendah.Keadaan ini menyebabkan golongan tersebut terpaksa mencari altenatif lain untuk menampung keperluan hidup mereka di kawasan bandar.Oleh itu,Petempatan setinggan telah menjadi salah satu alternatif yang terbaik bagi golongan ini untuk menampung kehidupan mereka di kawasan bandar.Tambahan pula, kos sara hidup sering meningkat pada setiap tahun..Peningkatan kos sara hidup ini telah mengakibatkan petempatan setinggan juga menjadi semakin meluas dan bertambah.
Berlaku kemasukan migrasi secara besar-besaran ke kawasan Bandar turut menyebabkan kepada pertambahan  petempatan setinggan.Kebanjiran kedatangan penduduk dalam satu-satu masa tanpa mendapat kawalan daripada pihak kerajaan telah mengakibatkan masalah petempatan setinggan berlaku secara serius.Ini demikian kerana,faktor utama penduduk yang melakukan migrasi dari desa ke bandar adalah untuk mendapatkan atau mencari peluang pekerjaan.Sebelum mereka mendapat pekerjaan,sudah tentu kawasan petempatan setinggan menjadi tumpuan  sebagai tempat tinggal mereka.Kemasukan daripada migrasi antarabangsa juga menyumbang  masalah yang sama dengan migrasi dalaman yang menjadikan petempatan setinggan sebagai tumpuan tempat tinggal mereka di kawasan bandar.Keadaan ini telah mendorong kepada berlaku lambakan petempatan setinggan di kawasan-kawasan bandar utama di negara ini.
Akibat daripada lambakan petempatan setinggan ini,ia telah melahirkan banyak permasalahan yang serius.Terutamanya masalah pencemaran air.Ini demikian kerana, segala pembuangan terus disalurkan kepada sumber-sumber air secara terus.Contohnya,pembuangan sampah sarap,saluran air kumbahan dan sebagainya.Keadaan ini sudah pasti akan mendorong kepada masalah pencemaran air yang serius.Pembuangan sampah sarap yang teruk sudah pasti akan menjejaskan kualiti air sungai yang berhampiran dengan kawasan petempatan tersebut.Malah,ia turut akan memberi kesan kepada sungai-sungai yang lain.Jadi,jelaslah bahawa ‘akibat nila setitik rosak susu sebelanga’. Contohnya,kawasan setinggan di Bandar raya  Kota Kinabalu yang hampir semuanya  menghadapi masalah pencemaran alam sekitar.Pembuangan sampah yang tidak terurus dan pencemaran sungai amat ketara.Pencemaran seperti sungai dan laut amat berbahaya kepada penduduk di Bandar raya Kota Kinabalu kerana sungai merupakan sumber air dan sumber pendapatan kepada penduduk pesisiran pantai Kota Kinabalu.
Disamping itu,penyebaran wabak penyakit juga turut berlaku di kawasan petempatan setinggan.Contohnya penyakit taun dan malaria.Ini diakibatkan oleh sistem saluran yang tidak teratur dan sistematik.Keadaan ini telah menyebabkan  penduduk di kawasan petempatan setinggan mudah menghidap penyakit-penyakit berkenaan.Kedudukan rumah yang rapat-rapat telah menyukarkan pembinaan saluran di jalankan.Secara tidak langsung,keadaan ini telah mendedahkan mereka semua kepada bahaya.Apabila penyakit ini dihidap oleh petempatan setinggan,ia juga akan turut menyebarkan virus penyakit ini ke tempat lain.Keadaan ini akan menyebabkan kes penyebaran wabak penyakit di Negara kita menjadi semakin serius.Keadaan ini turut menyebabkan nama negara kita terjejas dan memberi  kesan negatif kepada pihak-pihak yang terbabit.
Bagi mengatasi masalah ini,pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dengan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan permasalahan petempatan setinggan ini menjadi semakin serius.Contohnya,melalui pertambahan pembinaan rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh penduduk petempatan setinggan.Tambahan pula,dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-7),lebih 190,000 unit rumah kos rendah di bina di seluruh negara.Selain itu,pihak kerajaan juga perlu menekankan pembinaan rumah berdasarkan Pelan Induk Urbanisasi bagi mengatasi semua masalah di kawasan bandar di seluruh negara serta rangkaian pembinaan rumah yang strategik. Seharusnya,golongan yang berpendapatan rendah ini dibantu kerana mereka layak menyewa  atau tinggal di tempat lain dan bukannya tinggal di kawasan setinggan.Terdapat 3 program perumahan.
1.      Program Yayasan perumahan Untuk Termiskin (YPUT).Program ini dibiayai oleh Bank Negara Malaysia dan mensasarkan jumlah 20,963 unit rumah di seluruh Negara.
2.      Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN),Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. PPR telah di perkenalkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan sasaran pembinaan sejumlah 54,679 unit rumah untuk disewakan kepada setinggan di seluruh Negara.
3.      Program Perumahan Rakyat (PPR) dasar baru telah mensasarkan pembinaan sejumlah 90,000 unit PPR di seluruh Negara.50,000 unit daripadanya akan disewakan sementara 40,0000 unit pula akan dijual.PPR dasar baru ini akan dilaksanakan berdasarkan peruntukkan yang diluluskan oleh pihak kerajaan.

Pengawalan kemasukkan migrasi perlu di jalankan dengan ketat bagi mengatasi permasalahan setinggan ini.Apabila berlaku kebanjiran migrasi dari dalam dan luar negara,ia telah menyebabkan petempatan setinggan semakin berleluasa di kawasan-kawasan Bandar.Oleh itu,kemasukan migrasi ini seharusnya dititikberatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengawal permasalahan petempatan setinggan ini.Kemasukan migrasi dari luar secara besar-besaran turut mendatangkan banyak permasalahan negatif di negara ini.Kemasukan warga asing turut menyumbang kepada masalah sosial yang serius di Negara kita.Di kawasan petempatan setinggan juga terdapat ramai warga asing yang tinggal di kawasan berkenan.Jelaslah bahawa kemasukan migrasi juga harus dipandang dengan serius dan ditangani bagi mengatasi masalah petempatan setinggan ini.
Kesimpulannya,masalah sosial petempatan setinggan ini berlaku kesan daripada ketidakupayaan memiliki rumah sendiri .Perbezaan taraf hidup seseorang mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.Oleh itu,menyediakan perumahan dan petempatan yang selesa kepada rakyat menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi kerajaan yang memerintah.Tambahan pula,persekitaran rumah yang selesa boleh menyelamatkan anak-anak muda daripada tergelincir dalam aktiviti kurang sihat seterusnya membantu kita mengelakkan pelbagai masalah sosial.