Budaya diertikan secara umum sebagai keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat yang dapat mencerminkan keperibadian bangsa . Budaya juga ditinjau dari sudut sejarah dan antropologi mempunyai bukti-bukti tentang wujudnya kebudayaan melayu brunei bertapak kukuh di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya. Kesultanan, adat istiadat, adat resam , kehidupan beragama dan berbahasa melayu merupakan sebahagian manifestasi warisan budaya yang masih ada hingga ke hari ini dan masih tetap kuat bertahan .
Sosial kebudayaan adalah penting terhadap manusia dalam masyarakat . Salah satu social kebudayaan adalah adat resam . Adat resam merupakan kebiasaan atau amalan yang diamalkan oleh kaum masing-masing . Sebagai contoh, Malaysia mempunyai kaum melayu, kaum cina, kaum india, dan lain-lain. Malah, adat resam mereka adalah berbeza dalam kehidupan. Sebelum makan, kaum melayu akan berdoa , selepas itu, mereka mengunakan tangan kanan makan nasi, kaum cina mengunakan penyepit dan sudu makan nasi, kaum india akan duduk bawah sembahyang dahulu lalu makan dengan tangan kanan.
Kaum masing-masing haruslah meneruskan adat resam ini dan saling belajar adat resam yang berlainan dengan itu , kita dapat saling memahami dan menghormati terhadap adat resam masing-masing.
Dalam social kebudayaan, kita mesti berfikir tentang makanan . Makanan adalah wakil daripada sesuatu negara. Contoh, itali mee adalah itali, sushi adalah jepun, kimchi adalah korea dan sebagainya. Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai makanan yang berbeza. Contoh, makanan melayu adalah nasi lemak , ayam rendang , sate dan ketupat nasi. Makanan cina adalah yan toufu, Fujian mee dan chao kwee teo. Makanan india adalah capati dan roti canai. Makanan dalam Malaysia adalah berbeza-beza dan enak. Oleh itu, ramai pelancong gemar bercuti di Malaysia dan gemar makanan tersebut .
Pakaian tradisional juga merupakan social kebudayaan . Pakaian tradisional adalah pakaian yang diwarisi sehingga sekarang dan ia mempunyai keunikannya . Pakaian tradisional antara kaum adalah berbeza-beza di Malaysia . Sebagai contohnya , lelaki kaum melayu adalah baju melayu , perempuan melayu adalah baju kurung . Lelaki kaum cina adalah sut zhong shan , perempuan kaum cina adalah cheongsam . Lelaki kaum india adalah baju doti , perempuan kaum india adalah baju sari. Pakaian tradisional masih dipakai oleh kaum-kaum semasa perayaan .
Sosial kebudayaan juga termasuk dalam kesenian . Contoh kesenian adalah muzik, tarian, ukiran dan permainan tradisional. Kaum –kaum mempunyai senian masing-masing. Kaum melayu mempunyai tarian ulik mayang dan tarian kuda kepang . Kaum cina mempunyai tarian singa dan tarian kipas. Kaum india mempunyai bharatanatyam . tarian semua kaum mempunyai keunikan dan sejarah masing-masing. Kesemua ini adalah sosial kebudayaan yang diwarisi dari dahulu hingga sekarang dan kita sepatutnya mengamalkan social kebudayaan yang baik sehingga ke warisan seterusnya .
Pihak pelancongan seharusnya memgembangkan social kebudayaan malaysia keluar Negara untuk manusia di luar Negara mengetahui tentang social kebudayaan yang berbeza dengan Negara mereka. Selain itu, kerajaan juga bekerjasama dengan rakyat mengadakan satu program iaitu rumah kediaman rakyat yang unik dijadikan sebagai rumah tinggal pelancong oleh itu, pelancong dapat merasai perasaan yang berbeza dengan hotel dan dapat mengamalkan cara hidup Malaysia .selain itu ,kerajaan boleh memajukan industry kraftangan di Malaysia . Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik , seramik , kayu , kaca, dan kulit amat cantik dari segi rekabentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong .Pelancong pasti membeli-belah kraftangan buatan Malaysia sebagai buah tangan kepada keluarga .
Kesimpulannya, social kebudayaan merupakan sejarah dan keunikan sesebuah negara dan kaum . kita juga boleh melalui sosial kebudayaan saling memahami diri sendiri dan antara kaum .selain itu ,kita harus meneruskan social kebudayaan yang baik sehingga lama-lamanya.
No comments:
Post a Comment