Sunday, September 26, 2010

Penularan Isu Rasuah

Pengenalan
Rasuah dianggap satu bencana besar yang sedang melanda masyarakat kini yang dikatakan juga penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat kini .Rasuah ditakrifkan sebagai satu jenayah atau kesalahan undang-undang atau individu yang mendapat kebebasan kontrak atau keistimewaan daripada sesuatu pihak yang lain seperti dengan memberikan wang ataupun hadiah kepada pihak tertentu sebagai ganjaran .Oleh itu , Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengaplikasikan rasuah kepada empat kesalahan utama iaitu meminta atau menerima rasuah ,menawar atau member rasuah ,membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan kuasa atau jawatan yang telah diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri dan bersikap kasih dalam tindakannya .Rasuah juga diamalkan bagi memperoleh kehidupan yang mewah dan mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat tanpa berusaha lebih.
Keadaan ini ,berbeza pada pandangan islam .Rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-riwayah” digolongkan dalam kata umum batil meliputi perkataan jenayah seperti kelompok menipu dan memeras ugut .Firman Allah menlaknat orang yang member dan menerima rasuah serta orang yang  member jalan terhadap keduanya.Perbuatan ini amat keji di sisi agama dan mereka yang terlibat dalam masalah ini akan mendapat balasan yang setimpal dan tempatnya adalah neraka .Penyakit sosial ini jika tidak dibendung akan member impak yang besar kepada masyarakat dan negara.
Faktor-faktor  yang mempengaruhi
Masalah rasuah ini adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan pentadbiran dan organisasi dalam sesebuah entiti masyarakat.Sistem pentadbiran yang lemah akan mengakibatkan berlakunya kes penyelewengan tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta .Penyelewengan berlaku apabila terdapat segelintir pihak yang menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri dengan menerima habuan dalam menyelesaikan sesuatu perkara .Pemantauan dan penyeliaan yang kurang dilakukan oleh pihak atasan kepada kakitangan bawahan akan mengakibatkan tugas menjadi tidak teratur dan mereka lebih terdedah untuk menerima rasuah .
Selain itu,pembangunan ekonomi negara yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian turut menbdorong kepada berlakunya rasuah.Modenisasi yang berlaku seperti projek pembangunan yang diibaratkan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”menyebabkan ramai yang mengejar keuntungan dan kejayaan .Maka golongan kontraktor akan berlumba-lumba untuk mendapatkan  tender sesuatu projek ,mereka sanggup memberi rasuah kepada pihak pengurusan bagi mengambil hati pihak tersebut agar meluluskan tender mereka .Budaya seperti ini sudah menjadi trend dan boleh dianggapo semakin majunya sesebuah negara semakin menular penyakit sosial ini .Wang yangboleh membuat manusia menjadi alpa dalam mengejar kesenangan kerana ia akan mengaburi mata manusia dan membuatkan imannya luluh sekaligus menganggap rasuah adalah jalan terbaik untuk mendapatkan kemewahan.
Faktor politik juga merupakan punca gejala rasuah .Hal ini dapat dibuktikan apabila berlaku isu pasir yang berlaku di selangor baru-baru ini .Masalah ini disebabkan sikap sesetengah pihak ahli politik yang menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat ,namun pada masa yang sama turut mengaut keuntungan dengan meneksploitasi kepentingan rakyat  untuk kepentingan diri sendiri.Ahli politik juga sanggup memberi dan menerima rasuah untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya disebabkan sikap yang ingin menjadi pemimpin dalam sesebuah parti politik.Namun ada juga sebahagian ahli politik ini suka menagih populariti apabila menjadi ahli politik .Masalah ini bukan cerita kosong namun sudah berlaku dalam masyarakat masa kini.
Selain itu,walaupun sesuatu perkara seperti tidak memberi impak namun amalan sosial dan budaya masyarakat masyarakat majmuk di malaysia yang sering mengamalkan amalan bertukar-tukar hadiah dan wang seperti dalam majlis keramaian dan perkahwinan juga boleh mendorong berlakunya rasuah.Justeru itu,memberi peluang kepada perasuah sama ada meminta ,memberi sogokan ataupun umpan tanpa disedari sesetengah pihak.
Di samping itu,masalah kewangan dan desakan dalam kehidupan turut menyebabkan berlakunya rasuah .Akibat terdesak seseorang itu sanggup menerima rasuah untuk ,memenuhi kehendaknya seperti memiliki kehidupan mewah selesa dan lebih baik dari pelbagai aspek.Rasuah merupakan jalan mudah yang diambil oleh mereka untuk memperolehi kekayaan dalam sekelip mata dan tidak serik dan terus menerima rasuah.

Implikasi rasuah
          Rasuah boleh memberi impak negatif yang mendalam kepada masyarakat dan negara antaranya menjejaskan ekonomi pesaingan dalam perniagaan .Maslah rasuah yang berleluasa dalam perniagaan menjadi tidak sekata akibat organisasi menjalankan perniagaan dengan memberikan rasuah untuk mendapat peluang-peluang pasaran dan hanya ditakluki oleh mereka yang mampu memberi ganjaran kepada pihak-pihak terbabit .Selain itu, pelabur –pelabur dari luar negara dan dalam negara tidak mempunyai keyakinan untuk melabur dalam negara ini .Hal ini menyebabkan ekonomi negara semakin merundum kerana tiada pihak melabur akibat masalah rasuah yang semakin berluasa .Rasuah turut menimbulkan kekacauan dan mejejaskan kualiti perkhidmatan dalam sektor awam mahupun swasta secara tidak langsung ,keaadaan ini memberi tekanan hebat kepada belanjawan untuk projek pembangunan masyarakat yang meningkat secara mendadak kosnya.
            Kesejahteraan dan keamanan negara turut terjejas akibat rasuah .Pemerintahan akan menjadi lemah dan keadaan ini mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil dan tergelincir dari tindakan yang sepatutnya .         Rasuah politik yang berlaku turut mengancam jutaan manusia.Hal ini kerana kerajaan hanya menggunakan kebijaksanaan untuk memberikan faedah kepada penyogok untuk melindungi syarikat atau individu tertentu setelah dibayar dengan wang dan bukan untuk melaksakan kesejahteraan rakyat tetap untuk kepentingan sendiri.
            Rasuah juga turut melumpuhkan fungsi demokrasi dan pentadbiran sesuatu organisasi .Apabila formaliti diabaikan masalah ini tidak mampu mengesan tindakan seseorang melalui rancangan untuk masa hadapan .Masyarakat pula hilang kepercayaan terhadap golongan cerdik pandai dan profesional walaupun sebelum ini golongan tersebut merupakan tunggak kekuatan dalam mempertahankan sesebuah negara .Rasuah juga turut mencabul keadilan ketertinggian undang-undang sesebuah negara berdaulat.Akauntabiliti kecekapan juga akan terjejas dengan berlakunya rasuah dalam pilihanraya umum dan badan perundangan keadaan ini merosakkan keseimbangan stuktur sosial.

Langkah-langakah membanteras
            Setiap individu hendaklah memantapkan iman dan jati diri dalam diri mereka sendiri untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam masalah rasuah ini.Benteng ini yang kuat diri seseorang ialah keimanan dan keperibadian yang tinggi .Oleh itu,sifat ini hendaklah disemai  dalam diri seseorang terutamanya peniaga,pemimpin,dan badan –badan kerajan mahupun swasta.Kekuatan keimanan dalam diri seseprang akan menangkis habuan di depan mata.,
            Manakala sistem pendidikan pula,kementerian pendidikan haruslah memperkenalkan pendidikan mengenai bahaya rasuah di intitusi pendidikan sekolah menengah  dan rendah.Generasi mudaperlulah dididik supaya membenci rasuah dan mereka perlulah menjadi menjadi individu bertanggungjawab,ikhlas dan amanah supaya mereka bebas rasuah.Mereka juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan apabila menjadi pemimpin satu hari nanti kerana mereka merupakan generasi pewaris pada masa akan datang dan merupakan aset yang penting dalam negara ini.
            Penguatkuasaan undang-undang hendaklah dimantapkan lagi bagi mengatasi masalah rasuah ini .Hukuman yang setimpal perlu dilaksanakan sesuai dengan kesalahan yang dilakukan seperti mengenakan kompaun dan denda yang lebih tinggi serta membawa mereka  ke muka pengadilan sekaligus menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka .Oleh itu,pengamal rasuah akan memikir baik atau buruk tindakan yang mereka lakukan apabila menerima dan memberi rasuah dan mereka akan serik dan sedar kesan negatif akibat perbuatan mereka terlibat dalam rasuah.

No comments:

Post a Comment