Saturday, September 25, 2010

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam) secara langsung.
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor.Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna.
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnahkan sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah
Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar.  Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.
Sehubungan dengan itu, pelbagai gejala yang akan ditunjukkan oleh seseorang itu jika dia tergolong sebagai seorang penagih dadah. Gejala pertama menunjukkan seseorang itu penagih dapat dilihat dari segi gejala fizikalnya. Misalnya berpeluh dan mengermang bulu roma walaupun cuaca tidak terlalu panas. Selain itu juga, seseorang penagih dadah akan berasa pening kepala apabila dadah dalam badan berkurangan selain akan menggigil seolah-olah mengalami kesejukan yang teramat sangat.
Gejala yang seterusnya ialah gejala psikologi. Keresahan dan risau tetang pekara yang tidak akan berlaku dan akan berlaku akan menguasai seseorang individu itu jika dia mengabil dadah. Ini adalah kerana fikiran mereka sering terganggu dengan pekara-perkara yang bersifat khayalan dan imiginasi sahaja. Selain itu juga, mereka akan mengalami Insomnia iaitu sejenis penyakit  tidak dapat tidur selain akan mengalami gangguan perasaan. Individu tersebut akan mudah menjadi marah dan perasaan mereka akan mudah terusik dengan sesuatu pekara yang terjadi. Kebiasaannya perasaan marah akan menguasai mereka dengan  cepat tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Seterusnya ialah dari segi gejala perlakuan individu tersebut. Bagi individu yang sudah bekerja, mereka akan kerap ponteng kerja sebaliknya bagi remaja yang masih belajar akan kerap ponteng ke kelas. Prestasi kerja dan belajar mereka juga akan mernurun secara merundum akibat kurang tumpuan terhadap pekara yang dilakukan kerana fikiran mereka sentiasa berada dalam khayalan.Selain itu, ia juga membuatkan seseorang terdorong untuk melakukan kegiatan yang dilarang oleh Tuhan seperti mencuri, membunuh,merogol  dan sebagainya.
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.
Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

No comments:

Post a Comment