Sunday, September 26, 2010

Media Sosial

Media social adalah media interaksi social dengan menggunakan teknik penerbitan yang dicapai dan teratur. Sosial media menggunakan teknologi yang canggih berasaskan web atau internet untuk menukar siaran monolog media ke media sosial. Kebaikan sosial media ialah sebagai strategi pemasaran syarikat yang berkesan dan cepat menyampaikan maklumat kepada pelanggan serta menjimatkan masa, wang dan sumber syarikat.
Media social dapat menyebarkan maklumat yang terkini di luar dan dalam Negara melalui internet. Penduduk awam kita dapat mendapatkan maklumat dengan segera dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menunggu berita yang lama. Pekerja yang bekerja dalam masa tidak menentu tidak mempunyai masa untuk menonton berita dapat menonton melalui internet seperti 8TV dan TV3. Dengan itu masyarakat sekarang mempunyai tekanan yang berat terutamanya di dalam Bandar besar seperti kuala lumpur, pekerja dan pelajar yang mempunyai tekanan yang berat suka melayari internet untuk melepaskan tekanan dan perasaan cemas terhadap pekerjaan dan pendidikan kerana taraf hidup sekarang semakin meningkat dan masyarakat yang lebih mementingkan taraf pendidikan. Internet mengandungi permainan online dan muzik yang berasal daripada berbagai jenis Negara serta drama bersiri dan wayang yang menarik untuk memberi keseronokan kepada semua orang.
Media social juga dianggap penting dalam perkembangan pendidikan masyarakat sekarang. Kanak-kanak atau pelajar-pelajar berasa bosan apabila cikgu di sekolah menggunakan kaedah pengajaran yang tradisional untuk mengajar mereka tentang akademik. Kaedah pengajaran yang tradisional ialah hanya menggunakan penulisan dan contoh sebagai pengajaran sekolah kepada pelajar menyebabkan pelajar tidak boleh memahami maksud atau isi dengan jelas yang diberi oleh cikgu dan tidak mudah diingati serta berasa bosan menyebabkan berlaku ponteng kelas. Sebagai contoh, menggunakan internet untuk proses pembelajaran di Indonesia untuk menarik perhatian pelajar. Pelajar juga boleh menggunakan laman web atau internet untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu seperti mahasiswa di universiti. Contoh lain media social memainkan peranan penting dalam pendidikan ialah pengajaran mikro-standard dan pengajaran pendidikan audio-visual.
Media social seperti internet, television dan radio dapat membantu sesebuah syarikat membina imej dan mempopularkan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Media social dan pemasaran social adalah peranti pemasaran internet yang canggih untuk membantu memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, Olay menggunakan iklan dalam television dan internet untuk mempromosikan produk mereka supaya lebih cepat menyampaikan maklumat kepada pelanggan dan meluaskan pilihan pelanggan-pelanggan. Dengan itu, media social juga sebagai suatu alat yang dapat memperbesarkan keperluan pemasaran dan member pengaruh kepada pelanggan dengan cepat. Contohnya, laman web yang dirancang dengan menarik seperti Facebook dapat menarik perhatian pelanggan-pelanggan dan perlu mudah difahami oleh pelanggan supaya mengelakkan berlaku kesilapan. Melalui internet, syarikat boleh membuat penyelidikan tentang permintaan pelanggan tanpa menggunakan masa yang panjang untuk mengadakan kertas soal selidik kepada pelanggan dan mendapat tindak balas yang cepat. Dengan menggunakan media sosial, syarikat dapat meningkatkan kesedaran jenama syarikat.
Langkah-langkah mengembangkan media social ialah mengupah pakar komputer untuk membina laman web yang dapat menarik perhatian pelanggan dan mengekalkan kedudukan syarikat dalam laman web dengan perancangan yang teliti untuk mengelakkan kerugian. Sebagai contoh, laman web yang dapat membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dengan bersemuka atau melalui e-mel dan membekalkan maklumat produk baru serta mengharapkan pelanggan member pendapat tentang produk yang digunakan oleh mereka.
Kesimpulannya, media social adalah penting dalam masyarakat dan mempunyai peranan yang penting dalam semua aspek. Kebaikan media social memudahkan manusia dalam kehidupan harian dan membantu manusia dalam pekerjaan, pendidikan dan menjimatkan penggunaan masa yang panjang. Internet boleh digunakan sebagai alat interaksi dengan orang atau pelanggan yang tinggal di luar Negara serta membolehkan orang mengeratkan hubugan dengan keluarga. Media social menggantikan kaedah tradisional dan menggalakkan Negara menjadi lebih maju sehingga membina satu tamadun.

No comments:

Post a Comment